Diriku

azizi

Diriku… seorang insan kerdil, insan yang hina disisi Allah, yang mengharap hidayah , inayah,pertolongan keampunan pimpinan dari Allah dalam menghadapi pancaroba dugaan hidup di dunia sekarang, berbagai perkara yang di sebut Nabi Muhammad s.a.w mulai timbul tentang tanda-tanda awal Qiamat.. bila akan berlaku ? pasti akan berlaku.. sewaktu ditanya Sahabat, Nabi menunjukkan antara dua jarinya sahaja jarak masa  akan berlaku Qiamat.. maka kita sediakanlah bekalan sekarang.

Daku membuat blog ini KHAS untuk tatapan diriku dan untuk ISTERIKU yang tercinta  juga keluargaku.. Sekiranya ada manfaat gunakalanlah, sekiranya tiada, anggaplah ianya hanya untuk DiriKU Semata-mata..

Pun begitu oleh kerana kini daku merasakan mungkin  perlu untuk daku memaklumkan apa-apa perkembangan tentang UKM kepada kawan-kawan PJJ Alor Star, maka.. daku tambahkan beberapa halaman KHAS untuk tatapan Mereka.. di bawah link ini.. https://khairul09.wordpress.com/perjalanan-ukm-a-star/

Mohd Khairul  Azizi (Ketua Pelajar PJJ UKM AS 2008/2009)

SEBARIS KATA CUMA.

Tanggal 27hb Mei 2009, pada pukul 9.25mlm, di Hospital Kuala Nerang, Ibuku yang Tersayang telah meninggalkan kami semua ke Rahmatullah. Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan mendapat keberkatan, keampunan dan pertolongan jua perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala…

Al fatihah..

Al Fatihah

Amin…

Ya Allah…

doa ibu

“Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka, sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil”

……………………..