Permohonan Kemasukan Mac 2012 Bagi Program Pasca Siswazah Secara Eksekutif

Permohonan Kemasukan Mac 2012 Bagi Program Pasca Siswazah Secara Eksekutif

Permohonan telah dibuka bermula 1 Disember 2011 sehingga 16 Januari 2012
:: Tatacara Permohonan::
Pemohon dikehendaki membuat permohonan kemasukan melalui laman web yang disediakan, kemudian mencetak borang permohonan berkenaan untuk dikemukakan ke UKM bersama-sama maklumat di bawah.
::Senarai Semakan Butiran ::
Sila pastikan bahawa maklumat berikut disediakan sebelum menghantar borang permohonan ke PKP:
1.
Sekeping gambar berukuran passport terkini. (Lekatkan di dalam borang permohonan)
2.
Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor akaun 12180008810055) di CIMB. SIla tuliskan nama dan nombor kad pengenalan pada slip bank dan sertakan bersama-sama borang permohonan.
3.
Satu salinan Ijazah/ Diploma/ Sijil berkaitan akademik termasuk SPM beserta transkrip yang telah disahkan
4.
Surat tawaran penajaan/ pinjaman kewangan/ biasiswa (bagi calon yang mempunyai penaja rasmi sahaja)
5.
Bagi permohonan program Sarjaan dan Doktor Falsafah Pengajian Islam, sila lampirkan ‘Borang Penyokong’ & ‘Kertas Cadangan Tesis/ Projek Penyelidikan’ bersama borang permohonan
6.
Borang permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 16 JANUARI 2012 ke alamat berikut:
Pengarah
Pusat Kembangan Pendidikan
Aras 2 , Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
(U/P : Unit Pemasaran & Kemasukan)
7.
Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ ketua jabatan
8.
Semakan status Permohonan boleh dibuat melalui laman web UKM selepas tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohona

Senarai & Syarat Kemasukan Program Yang Ditawarkan :

Fakulti
Program
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Sarjana Sains (Pengurusan Industri & Teknologi)
Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan)
Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi & Komputer)
Fakulti Sains & Teknologi Sarjana Sains (Peningkatan Kualiti & Produktiviti)
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Komputer)
Sarjana Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat Pengurusan)
Fakulti Ekonomi & Pengurusan Doktor Falsafah Ekonomi
Sarjana Ekonomi Islam (Perbankan Islam)
Sarjana Ekonomi Islam (Kewangan Islam)
Fakulti Undang-Undang Sarjana Undang-Undang Perniagaan
Sarjana Harta Intelek
Fakulti Pengajian Islam Doktor Falsafah Pengajian Islam
Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Dakwah & Kepimpinan/ Usuluddin & Falsafah/ Syariah/ Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah/ Pengajian Arab & Tamadun Islam)
:: Cara Permohonan Program Pasca Siswazah Bagi Pengambilan Mac 2012::
i)
Permohonan Atas Talian (Online)
Borang Permohonan atas talian (online)
Senarai Semakan & Kad Jawapan
Borang Penyokong Akademik
ii)
Muat Turun
Borang Permohonan
Senarai Semakan & Kad Jawapan
Borang Penyokong Akademik (hanya untuk permohonan program secara Tesis sahaja)
Unit Pemasaran & Kemasukan
En Shamsul Adzhar 03-8921 5642
Pn Salamiah 03-8921 3546 / 3995
Pn Norlijah 03-8921 5329 / 5898

Sila layari Laman Web PKP : http://pkukmweb.ukm.my/~pkp/kemasukan.html

6 thoughts on “Permohonan Kemasukan Mac 2012 Bagi Program Pasca Siswazah Secara Eksekutif

    • Pasca siswazah… ialah untuk sarjana/master dan PHD.. Prasiswazah ialah ijazah sarjana muda… jika tiada beerti kursus tersebut tidak ditawarkan untuk PBJJ dan Eksekutif..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s