Dapatkah kita bayangkan..?

Bismillahirahmanirrahim… sebagai pembuka bicara…. Assalamualaikum… Harapan semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, bahagia disamping menjalani ibadah seharian kita kepada Allah Taala..

Sekarang kita berada dalam bulan ZulQaedah… sekarang ini telah kedengaran diserata tempat sahabat, teman, sanak saudara kita telah mula mengadakan kenduri kesyukuran untuk menjadi tetamu Allah di Bumi Makkah AlMukarramah. Alhamdulillah hajat seseorang untuk menunaikan Haji pada tahun ini akan termakbul setelah mendapat surat tawaran daripada Tabung Haji. Kepada yang akan menunaikan Ibadah haji pada tahun ini Tahniah saya ucapkan.. moga mendapat pertolongan Allah ketika disana kelak dan moga pulangnya dengan haji yang Mabrur.

Hari ini saya bukan hendak menulis soal Haji atau pergi Menunaikan Ibadah Haji.. Tetapi sesuatu yang saya merasakan perlu untuk saya berkongsi sedikit pandangan…

Beberapa hari yang lalu sedang asyik saya menikmati sedikit makanan dan minuman.. disebuah gerai makanan.. pada masa tersebut ada juga beberapa orang yang juga, sedang menjamu selera digerai tersebut… Satu meja panjang dengan saya..  belum sempat saya menghirup minuman walaupun telah beberapa kali menyuap makanan…

Kedengaran kata-kata  seseorang kepada seseorang yang berada dihadapannya, mungkin rakannya yang kebetulan juga berhenti sarapan disitu “sekarang ini orang teruk betul… katanya”,

saya sendiri terfikir kenapa pula….?

Pakcik itupun meneruskan katanya.. “Dulu kalau orang mencuri lembu kerbau tak macam zaman la ni..”

sambil meneruskan makanan saya masih lagi terfikir… apakah maksud pakcik ini..?

sambungnya lagi..” bayangkan … bila dia curi lembu kerbau dia kerat kaki keempat-empat, pijual sembelih dak apa dak… tinggal macam tu ja…”

saya tertelan air liur mendengar kata pakcik ini…

sambungnya lagi.. “depa ni tak rasa apa ka…”

Jawab kawan pakcik tersebut yang lama mendengar kata-kata rakannya itu.. “Gamak depa buat macam tu… kalau tuan dia pi tengok sembelih bagi mati jela.. nak makan dah tak gamak dah..”

sambil pakcik itu memandang ke arah saya…. saya pun mengangguk… tanda bersetuju akan kata-katanya…

Sambung isteri kepada rakannya tadi..” nanti di akhirat baru depa tau macamana depa siksa binatang sampai tera tu.. Allah balas kat depa balik..”

Jawap pakcik yang mula-mula mengeluarkan kenyataan tersebut.. “kalau depa curi dah satu pasai, jual daging tak sembelih satu pasai, bertimpa-timpa dosa depa… kalau depa sembelih tu kira tak la jual bangkai kat orang makan…”

Sambung isteri rakannya..” depa ni bukan manusia sampai tera-tera ni.., kalau manusia tak buat macam tu… siksa binatang..”

Itulah antara kata-kata yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan sekalian.. Dapatkah kita bayangkan….?

Betapa perasaan mereka yang melakukan perbuatan sebegini.. tidakkah ada lagi perasaan kemanusiaan dalam hati mereka.. melihat lembu, kerbau, mengelupur tanpa keempat-empat kaki.. sedang mereka suka untuk menjual hasil dari usaha mencuri mereka… tanpa perasaan…tergamak mereka melihat haiwan itu menggelupur kesakitan.. tidak berperi kemanusiaan, sedangkan Nabi didalam bab sembelihan pun supaya menggunakan pisau yang tajam, menyebut nama Allah, Tidak menyiksa binatang, biarpun ketika kedatangan Rasulullah s.a.w. pada masa itu masyarakat Arab Jahiliah juga telah melakukan penyiksaan kepada binatang…. Rasulullah melaranggnya.. sesungguhnya mereka ini adalah antara manusia yang Zalim, tidak berhati perut.. mencuri.. memotong anggota tanpa menyembelih, menjual bangkai kepada orang yang membeli untuk mengenyangkan perut untuk beribadah.. mengisi perut anak-anak yang pulang dari sekolah, mungkin yang membelinya guru-guru yang mengajar anak-anak mengaji Quran dan sebagainya, sungguh mereka ini orang yang zalim..

Nabi Muhammad s.a.w. Bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga, Neraka berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takabur (sombong). Syurga pula berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: Kamu adalah siksaan Ku. Aku akan menyiksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula kepada Syurga: Kamu adalah rahmat Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan isi hingga penuh.

1623 Sahih Bukhari: Bab Neraka Akan Dimasuki Oleh Orang-Orang Yang Zalim Manakala Syurga Akan Dimasuki Oleh Orang-Orang Yang Lemah (http://hadith.al-islam.com)

Walaubagaimanapun.. kita mohon kepada Allah moga mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat, kembali kepada Allah Taala.. kepada mereka ini bertaubatlah segera kerana pintu taubat Allah masih terbuka sebelum ianya tertutup rapat…

* ayat diatas menggunakan Bahasa Kedah.

* sumber hadis laman Web :http://hadith.al-islam.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s