Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011M

ssalamualaikum…. kesempatan yang ada ini saya ingin menghulurkan Salam kemaafan pertamanya kepada Ayah saya yang tersayang, Isteri yang tercinta.. anak-anak yang menjadi pengubat dikala duka… Rakan Alam Maya.. Sahabat-sahabat Seperjuangan dan semua yang mengenali dan tidak mengenali diri ini tetapi “termasuk” Blog ini🙂 … juga kepada semua atas bicara yang mungkin tidak sedap didengar atau tulisan yang tidak seberapa dalam membantu rakan-rakan seperjuangan sekalian..

Saya juga ingin memohon maaf yang tidak terhingga kerana rasanya sudah terlalu lama blog ini tidak diupdate.. saya pun tidak tahu apa sebabnya…? …. mungkin masih terasa kesan kecurian laptop kesayangan pada suatu masa yang telah ditetapkan..InsyaAllah selepas ini saya akan terus mengupdate di masa yang ada… terluang…

Apapun Hari Raya Aidilfitri bukanlah suatu kemenangan yang secara biasa.. ianya adalah “hadiah” dari Allah sebagai memberi suatu suntikan semangat kepada mereka yang bersungguh mengagahi Ramadhan… Alhamdulillah dan Tahniah kepada Insan yang memanfaatkan Ramadhan..

Tidak semua insan bernasib baik untuk berada bersama Ramadhan, mungkin kita antara yang bernasib baik itu.. tidak juga semua insan menghayati Erti Ramadhan… Bernasib baiklah kiranya kita tergolong dalam kalangan Insan yang menghayati Ramadhan… Tidak semua insan memahami Ramadhan.. Bernasib baiklah kita kerana cuba memahami Ramadhan.. Tidak semua Insan yang bersama kita menjalani dan menghayati Ramadhan mendapat Janji Allah untuk melepaskan kita dari api Neraka… Amat bernasib baiklah kita seandainya kita insan yang tergolong dalam kalangan yang dijanjikan Allah Pelepasan dari Api Neraka… Tidak semua insan menjalani Ramadhan mendapat LAILATULQADR… Amat beruntung dan Bernasib baiklah kita andainya merupakan insan yang mendapat Ganjaran LAILATULQADR.. yang ganjarannya seumpama SERIBU BULAN.. dan akhirnya bernasib baiklah kita Andai dapat Berhari Raya bersama Kedua Ibu dan Bapa….kerana di masa yang sama ada Insan yang tidak dapat Berhari Raya bersama Kedua Ibu dan Bapa.. Betapa bernasib baiklah kita andainya Ibu dan Bapa masih menanti dimuka pintu untuk menanti kepulangan kita Insan yang disayanginya…. kerana telah ada Insan yang tiada sesipa lagi menanti kepulangannya di pagi Syawal…

Kepada mereka Insan yang tiada lagi Ibu dan Bapa… Pastilah setiap hari doa dialirkan kepada mereka… mengharapkan Allah mengampuni segala kesalahan mereka.. Masih kita Insan yang bernasib baik kerana sempat berdoa kepada Ibu dan bapa berbanding… ADA INSAN YANG TIDAK LANGSUNG MEMPEDULIKAN ATAU MENUMPAHKAN DOA KEPADA MEREKA…

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..