Sedarkah kita..? Sebelum tujuh perkara..

Assalamualaikum…

erasa agak lama juga tidak menulis didalam Blog ini… sedikit sibuk.. dengan kelas dan sebagainya..

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kelapangan yang sedikit.. ruang yang masih Allah Taala berikan ini, Masa yang amat berharga.. detik-detik yang bergerak.. saya “gagahkan” juga untuk menulis… masa yang sedikit ini biarlah kita manfaatkan dengan merenung kembali kedalam diri,,

Munculkanlah soalan dimanakah aku.. ? kemanakah aku.. ? bagaimanakah aku…? persoalan-persoalan sebegini… jawapannya… biarlah kita diri yang memberikannya sendiri..

Apakah kita semua sedar “terutama diri ini” bahawa sesuatu yang kita harapkan cantik, tidak semestinya akan menjadi cantik.. barangkali sebaliknya.. Sesuatu yang kita harapkan bahagia.. tidak semestinya membawa kebahagian, Sesuatu yang kita impikan indah.. mungkin menjadi mimpi seram yang menjadi igauan dikala kesedaran membenam didalam diri.. Apakah kita sedar, pandangan yang mulanya cerah diliputi cahaya indah.. boleh secara tiba-tiba menjadi gelap, kosong, tidak kelihatan walau satupun kelibat cahaya yang boleh menjadi panduan… ketika itu mulalah diri kita menjerit-jerit dan meronta-ronta didalam kekalutan yang kita sendiri tidak tahu apakah kekalutan itu…. Muncullah pula Soalan yang sama dalam hati yang penuh gementar,, berdebar-debar,, terasa jantung entah berdegup kencang atau jantung tidak lagi berdenyut.. DIMANAKAH AKU….?

Kenapa aku tidak dapat bangun dan bergerak-gerak lagi…. kenapa kakiku terasa amat berat.. kenapa tanganku terasa amat-amat kejang dan kebas untuk diangkat… kenapa lidahku kini kelu.. hanya ingatan.. kepada Allah yang kekal.. Muncullah pula soalan yang sama… KEMANAKAH AKU…?

Apakah yang telah melanda diriku ini.. kepada siapakah aku ingin merayu.. memohon pertolongan dari musibah ini.. dimanakah rakan-rakanku.. dimanakah anak-anak pinakku.. dimanakah isteriku.. dimanakah kesemuanya.. Muncullah juga soalan yang sama BAGAIMANAKAH AKU…? bagaimanakah nasibku..

…. Allahu Akbar… selagi ada ruang dan kesempatan yang Allah Taala berikan.. sedikit waktu yang Allah lapangkan.. Usia muda yang sedang meningkat dewasa..  sedikit nikmat kekuatan, dimasa punya sedikit kekayaan walau tidak ribuan atau jutaaan… sedikit nikmat yang paling besar disisi makhluk iaitu nyawa.. biarkanlah  diri ini sentiasa mengingatimu … Ya Allah Tuhan Rabbul A’lamin..

Sebagai renungan kita melihat kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di dalam kitab Riyadus Salihin karangan Imam Nawawi rahimahullah Taala, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

عن أبي هريرة رضي اللَّه عنه أَن رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال: « بادروا بالأَعْمال سبعاً، هل تَنتَظرونَ إلاَّ فقراً مُنسياً، أَوْ غنيٌ مُطْغياً، أَوْ مرضاً مُفسداً، أَو هرماً مُفْنداً أَو موتاً مُجهزاً أَوِ الدَّجَّال فشرُّ غَائب يُنتَظر، أَوِ السَّاعة فالسَّاعةُ أَدْهى وأَمر،» رواه الترمذي وقال: حديثٌ حسن

Ertinya:

“Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:”Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan -yang baik – sebelum datangnya tujuh macam perkara. Apakah engkau sekalian menantikan – enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merusakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keruan lagi, atau tibanya kematian yangmempercepatkan – lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya.” Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

(Riyadus salihin: Jld 1: 93)

Hadis tersebut menerangkan mengenai beberapa perkara utama supaya kita segera melakukan kebaikan sebelum datangnya  masa dan tujuh perkara yang menyebabkan amalan kebaikan sudah tidak dapat lagi kita usahakan…

  • kefakiran yang melalaikan

Janganlah kita menjadi seperti yang Rasulullah s.a.w. umpamakan, iaitu seorang fakir yang lalai dari mengingati Allah,  Andai kita tidak punya harta yang banyak.. namun rezeki yang Allah berikan.. kita bersyukur lah seadanya… kerana mungkin selama kita tidak bersyukur.. tiba-tiba rezeki itu ditarik balik oleh allah Taala…… bilakah pula kita akan bersyukur….? mungkin.. sekiranya disaat harta yang ada sedikit atau banyak pun tidak bersyukur.. inikan pula setelah ujian kemiskinan melanda…. beringatlah sebelum datangnya masa dan ketika ini..

  • kesakitan yang merusakkan

Sifat manusia,,, terasa begitu hebat mengeluarkan arahan.. terasa kebal dari jangkauan….melakukan perkara seolah tidak diperhatikan..  terasa Ujub dikala kemegahan… terasa indah dikala perawan dan perhatian… terasa bangga menjadi perhatian… Namun… apabila sampai masanya….

… terkulai layulah ia.. bukan lagi gagah hebat menongkah lautan.. bahkan bertongkat untuk berjalan.. bukan lagi hebat menelusuri rantauan.. tetapi “berkesot” memohon bantuan… bukan lagi bangga di perbatasan.. tetapi lemah berada di tiduran…  tidak lagi indah menjadi perhatian, tidak lagi mampu menengking arahan… suara sayup-sayup kedengaran..

Kenapa ketika kuat dahulu tidak ku melakukan segala amal dan kebaikan….. saat lemah menjelang sebagai Ujian…

… Rasulullah s.a.w. mengatakan Kesakitan yang merusakkan.. membawa maksud yang sangat mendalam.. kerana ada hadis-hadis Baginda yang menyebut bahawa orang-orang yang mukmin itu sememangnya diberi ganjaran pahala setiap kali ia redha di atas segalanya.. janganlah biar kesakitan yang melanda diri menjadi satu alat untuk kita menjauhkan diri lagi kepada Allah.. bahkan sakitlah selalunya membawa seseorang manusia akan menyedari bahawa ianya adalah Makhluk yang sangat lemah.. pasti yang kuat lawannya ialah lemah..

  • tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keruan lagi

Kita sentiasa meminta kepada Allah Taala.. Ya Allah Panjangkanlah Umurku… Panjangkanlah umurku… jangan lupa menyebut dengan penuh… jangan pula apabila meningkat usia tua kita menjadi seperti yang Rasulullah sebutkan.. jagalah diri..

… bersegeralah… kata Nabi.. bukan setakat menanti usia tua..

  • tibanya kematian yang mempercepatkan lenyapnya segala hal

Pesanan Nabi bersegeralah melakukan.. segeralah bertaubat.. segeralah bersedekah… segeralah melakukannya segala amal kebaikan.. kerana paabila tibanya Kematian… maka gugurlah perbuatan didunia ini… amalan di dunia ini.. Nabi s.a.w.  telah berpesan hanya tiga perkara yang bersambung.. sedekah jariah… lakukanlah sedekah biar sedikit tetapi banyaknya keikhlasan.. carilah ilmu dan ajarkanlah ia.. moga-moga bermanfaat di hari kemudian.. dan didiklah anak semampu boleh menjadi anak yang soleh.. agar sampai doa kepada ibu dan bapanya dikala amat-amat memerlukan…

  • tibanya Dajjal iaitu seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu

Andai  amalan tidak lagi dijalankan, andai doa belum lagi dipohonkan, andai taubat belum lagi dipanjatkan, andai diri belum lagi ditarbiahkan… andai masa belum lagi dimanfaatkan, andai kekalutan belum lagi dilapangkan, andai pertolongan belum lagi diharapkan, andai pemanduan diri belum lagi diterapkan…

Apakah kita menunggu satu detik yang terlalu mendebarkan… bersegeralah melakukan kebaikan kata Rasulullah sebelum datangnya Dajjal yang pastinya sempat atau tidak, mampu atau tidak,  bukanlah kita yang menetukan..

  • tibanya hari kiamat maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya

Apakah kita menunggu kedatangan hari Pembalasan… pastinya suatu hari yang tidak beerti lagi harta dan anak pinak kecuali siapa yang datang pada hari itu dengan hati yang sempurna… hati yang penuh dengan keimanan… Ya Allah selamatkanlah Kami…. amiin..

bersegeralah lakukan kebaikan…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s