Carilah Mutiara Ramadhan

ssalamualaikum… sekadar renungan Terutama kepada diriku sendiri…

Hari ini telah sampailah kepada kita fasa ketiga Ramadhan… yaitu pembebasan dari api Neraka.. sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

أول شهر رمضان رحمة ، و أوسطه مغفرة ، و آخره عتق من النار

Ertinya:

” Awalnya rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya bebas daripada neraka “

الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: ضعيف الجامع – لصفحة أو الرقم: 2135 خلاصة حكم المحدث: ضعيف جداً

walaupun  hadis ini mempunyai perselisihan sanadnya.. dan bukanlah hadis yang mencapai martabat Sahih, hanya sekadar hadis Dhaif.. biarlah  kita cuma menerimanya hanya untuk dijadikan suntikan semangat untuk kita beribadat didalam bulan Ramadhan ini. Kerana kebiasaannya manusia, pergerakannya, memerlukan kekuatan akal dan rohani… pendorong semangat untuk mencari Ganjaran Istimewa dari Allah tambahan pula diakhir-akhir Ramadhan…didalam suatu hadis Sahih dari Aisyah Ummul Mukminin: 

 وعنْ عائِشَةَ رَضِيَ اللَّه عنْهَا ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَجْتَهِدُ فِي رَمضانَ مَالا يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ ، وفي العَشْرِ الأَوَاخِرِ منْه ، مَالا يَجْتَهدُ في غَيْرِهِ » رواهُ مسلمٌ

Ertinya:

“Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu bersungguh-sungguh dalam beribadat dalam bulan Ramadhan yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan itu beliau s.a.w. bersungguh-sungguh pula yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan hari-hari Ramadhan yang lainnya.” (Riwayat Muslim)

 (Kitab Riyadus Salihin:Bab 114:1194)

dari hadis diatas jelas sebagai gambaran kepada kita Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan Ibadah kepada Allah melebihi dari bulan-bulan yang lain… bermakna kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. hendaklah mengambil Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk cuba meningkatkan amalan di bulan yang diberkati ini, dan hadis ini jelas menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersungguh-sungguh melakukan ibadah diakhir Ramadhan berlebih lagi dipenghujung atau Sepuluh hari terakhir meniti akhir-akhir ramadhan…

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al Quran tentang Lailatul Qadr dalam Surah Al Qadr..ayat 1-5 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

(Terjemahan Al Quran Surah Al Qadr:97: 1-5)

Allah telah memberitahu kepada kita tentang akan turunnya satu malam iaitu Malam Al Qadr, dan bagaimana untuk cara kita mengetahui tentang kebesaran Malam Al Qadr, telah diberitahu pula selanjutnya oleh Allah Taala bahawa satu malam yang sememangnya lebih baik dari seribu bulan.. yang sesetengah mengiranya sehingga berumur mungkin 80 tahun.. yang pastinya beruntunglah sesiapa yang mendapat atau bertemu dengan Lailatul Qadr.. yang ganjarannya lebih baik dari seribu bulan.. Pastinya mereka ini adalah dikalangan insan yang dipilih Allah, mungkin juga ketika insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi disebabkan kerana kekenyangan atau mungkin juga kerana keletihan disiang hari.. ada insan yang sedang bermunajat kepada Allah… memohon dikurniakan atau bertemu dengan  Lailatul Qadr..

sekiranya bertemu dengan Lailatulqadr hendaklah kita membaca doa seperti yang disebutkan Rasulullah didalam Hadis :

قُلْتُ : يَا رَسُوْلُ الله، أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيَّ لَيْلَةٍ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، مَا أَقُوْلُ فِيْهَا؟ قال: قُوْلِي: “اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ.”

 Ertinya:

 “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW seandainya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang patut saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut: “Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Sesungguhnya apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini biarlah hanya untuk mencari keredhaan Allah dan ganjaran untuk menuju ke Syurga Allah.. biarlah harapan ini kita sematkan dihati sepanjang masa. Tambahan pula sekarang bulan Ramadhan, bulan untuk umat Islam melipatgandakan ibadah kepada Allah, satu hadis dari Rasulullah s.a.w.:

عن معاذ بن جبل قال: قلت : (( یا رسول الله! أخبرني بعمل یدخلني الجنة ویباعدني عن النار. قال: لقد سألت عن عظيم، وأنه ليسير على من یسره الله تعالى عليه: تعبد الله لاتشرك به شيئا، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزآاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت. ثم قال: ألاأدلك على أبواب الخير؟ الصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة آما یطفئ الماء النار،  صلاة الرجل في جوف الليل، ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ {یعملون } ثم قال : ألا أخبرك برأس الأمر وعموده وذروة سنامه؟ قلت بلى یا رسول الله. قال: رأس الأمر الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. ثم قال: ألا أخبرك بملاك ذلك آله؟ بلى یا رسول الله فأخذ بلسانه وقال: آف عليك هذا. قلت: یا نبي الله، وإن المؤاخذون بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك! وهل یكب الناس في النار على وجوههم، أو قال على مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم؟ )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.

Ertinya:

Daripada Mu’az ibn Jabal r.a. beliau berkata:

“Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur’an yang bererti: (Tulangtulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu’az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – atau Baginda bersabda – dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.”

(Terjemahan Hadis Matan Arbain Imam Nawawi: 29)

Wallahu a’lam

Sumber :

http://www.dorar.net/enc/hadith/%D8%B9%D8%AA%D9%82/%20m1420%20d3%20y%20s3670

Matan Arbain: Imam Nawawi

Riyadus Salihin jld2. : Imam Nawawi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s