Kenapa Begini..?

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum…

aru – baru ini saya ke Kuala Lumpur menaiki bas, sesuai dengan kempen menggunakan Perkhidmatan Awam, bersama – sama saya didalam bas itu lebih kurang.. 9 ke 10 orang, ini kerana bas ini juga akan mengambil penumpang-penumpang dari hentian lain sebelum ke Kuala Lumpur.. Alhamdulillah, biar terpaksa menaiki bas tambahan dari lokasi yang tidak perlu saya sebutkan, awalnya nampak biasa tiada perkara yang pelik yang berlaku.. namun setibanya di pertengahan jalan biar waktu itu masih terlalu awal untuk dikatakan gelap.. mungkin selalunya  perkara ini berlaku dikala gelap…. malam.. baru sekitar pukul 11.00pagi, ada didalam bas di tempat duduk yang dihadapan.. satu pasangan remaja yang pada awalnya tidak kelihatan apa-apa yang mencurigakan.. namun kelihatan agak mesra berdua-duaan.. sehinggakan bercium pipi, bersayang-sayang, berpeluk-peluk, bertidur-tiduran.. bahkan tanpa segan silu (ketika ini penumpang telah memenuhi setiap kerusi bas) dengan selambanya siperempuan merebahkan badannya dalam pelukan lelaki sambil sang lelaki ini membelai lembut rambut si perempuan tersebut.. dan silelaki pula dengan tanpa segan silu dan malunya pula merebahkan badannya dan  tidur diatas *******siperempuan tersebut dengan belaian lembut jari-jemari si perempuan mengusapi kepala si lelaki terbabit..takkala pelukannya makin kuat kepada lelaki itu.. semakin lama  perbuatan mereka ini menjadi tontonan penumpang bas yang kelihatan muak dengan aksi mereka itu, semakin menjadi-jadi pula mereka melayani perasaan romantis mereka dengan berbalas ciuman..

Mungkin ini bukan aksi yang pertama berlaku didalam bas seperti yang saya sendiri saksikan mungkin jugak perbuatan sebegini kini tidak lagi menjadi perkara luar biasa… dan akhirnya  dengan seorang rakan yang hanya dikenali didalam bas, meluahkan kepada mereka bahawa perbuatan mereka ini jangan diperlakukan tambahan lagi di dalam bas..

Namun cuba bayangkan betapa jawapan yang diberikan apabila perbuatan mereka ditegur….

  • Kami ini adalah sepupu.. katanya…
  • Kami dah biase kat rumah macam ni x pe pun…
  • Mak Ayah kami x kisah pun..

Apabila ditanya umur mereka berdua si perempuan berumur 18tahun,, manakala si lelaki berumur 17tahun… yang menjadi tanda tanya yang tidak berjawab…adakah ini realiti kehidupan sekarang, sepupu, adik beradik bagai tidak lagi mengenal adab.. adat.. tatasusila.. agama.. keturunan.. apakah atau tidak benar kata-katanya Sepupu Jawapannya di atas tiada siapa yang dapat memastikannya kecuali mereka sendiri..

Persoalannya kenapakah begini…? Apakah ini namanya pemodenan.. atau adakah ini namanya sikap yang baik oleh ibu bapa atau keluarga Pasangan terbabit dalam menguruskan rumahtangga.. kalau benar begini seperti dikatakan pasangan terbabit…renunglah Hadis Dari Rasulullah s.a.w. :

Ertinya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?”

(Terjemahan Hadis Sahih Bukhari:Kitab Takdir:1527) Muslim 4803

Allah mengamanahkan kepada kedua ibu dan bapa untuk mencorakkan anak-anak mengikut kehendak sendiri… namun kehendak sendiri itu mestilah berbekalkan ajaran Islam.. Kehidupan secara Islam.. sedangkan pada asalnya anak-anak ini sangat bersih.. seperti disebut didalam hadis diatas… suci yang diibaratkan seolah kain putih yang bersih.. belum terpalit dengan apa-apa..  janganlah Ibu dan bapa.. setelah diberi tanggungjawab dan amanah yang besar untuk mendidik anak-anak membiarkan anak-anak ini membesar dengan budaya yang sebegini … bahkan perbuatan sedari rumah dibiarkan oleh ibu dan bapanya…

ingatlah (terutamanya diriku) setiap yang kita lakukan tidak akan Allah biarkan ianya dengan sia-sia… sebaliknya kita akan diganjari dengan balasan baik atau pun balasan yang tidak baik.. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Hud:11:ayat 123:-

Ertinya:

“dan Allah jualah Yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan Segala urusan. oleh itu, Sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.”

(Terjemahan Al Quran:Hud:11:Ayat:123)

حدثنا ‏ ‏حاجب بن الوليد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏محمد بن حرب ‏ ‏عن ‏ ‏الزبيدي ‏ ‏عن ‏ ‏الزهري ‏ ‏أخبرني ‏ ‏سعيد بن المسيب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏أنه كان يقول ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه كما ‏ ‏تنتج ‏ ‏البهيمة بهيمة ‏ ‏جمعاء ‏ ‏هل تحسون فيها من ‏ ‏جدعاء ‏
‏ثم ‏ ‏يقولا ‏ ‏أبو هريرة ‏ ‏واقرءوا إن شئتم ‏

‏فطرة الله التي ‏ ‏فطر ‏ ‏الناس عليها لا تبديل لخلق الله ‏

‏الآية ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الأعلى ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏عبد بن حميد ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏عبد الرزاق ‏ ‏كلاهما ‏ ‏عن ‏ ‏معمر ‏ ‏عن ‏ ‏الزهري ‏ ‏بهذا الإسناد وقال ‏ ‏كما ‏ ‏تنتج ‏ ‏البهيمة بهيمة ولم يذكر ‏ ‏جمعاء ‏

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s