Kenapa membawa diri di kejauhan..

Assalamualaikum..

Terasa agak lama tidak menulis… walaupun kedengaran berbagai isu-isu besar seperti Kapal Bantuan dirampas di pertengahan jalan sebelum sempat ke Gaza.. Rakyat Malaysia ditawan oleh Israel.. Isu pembuangan bayi juga semakin banyak kedengaran..  Siibu memijak perut anak.. Isu penderaan.. bagaimana pembunuhan budak dengan hanya menyepak pada dadanya.. dan dipijak di padang bola…. banyak di paparan akhbar-akhbar tempatan.. sebabnya… agak sibuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Apapun.. kita bersyukur kepada Allah, kerana masih lagi memelihara kita.. setiap nafas yang entah kita hitung atau tidak ini.. Allah masih berikan lagi kepada kita.. ini antara salah satu nikmat besar yang tidak dapat kita balas kepada Allah kecuali dengan hanya mengabdikan diri kepadaNYA.. kita bersyukur kepada Allah.. kerana masih memberi kekuatan kepada kelopak mata kita.. kerdipan mata kita ini.. untuk melihat luasnya bumi Allah.. indahnya bumi Allah.. melihat segala-galanya… Subhanallah. ucaplah Maha Suci Allah.. pernahkah terlintas di dalam sanubari kecil kita ini.. Apakah ketika saat kita masih melihat dan menghirup udara yang segar ini.. ada ketika ini, insan yang nafasnya masih diberikan Allah.. tetapi kelopak matanya…yang tertutup dengan kekadang bergenang air matanya.. menitis, dikala rakan-rakan, saudara mara, adik beradik datang menziarahinya.. jasadnya tidak bergerak.. nafasnya turun naik.. mungkin dengan bantuan mesin pernafasan..

..beginilah ketika jasad menghampiri saat-saat akhir menetap di bumi Allah untuk menghadapi alam Baqa.. Alam yang tidak ada rakan taulan yang akan menolong.. tidak ada sahabat handai.. tidak ada lagi ibu dan ayah.. tidak ada lagi jawatan dan pangkat.. tidak ada lagi ampu mengampu.. tidak ada lagi sikap yang sombong.. yang seketika dahulu berlanggar bahu juga tidak ditegur.. malah diherdik dengan kata-kata kesat…  tidak ada lagi gunanya harta yang begitu banyak.. tidak ada lagi pakaian yang mahal-mahal.. tidak ada lagi kereta mewah.. tidak ada lagi rumah yang besar..melainkan!!! kubur yang sempit.. sukar untuk bergerak kesana sini.. “dahulu rumahku besar kenapa kini ianya kecil.. panas!!! … Sempit!!! di mana lagi pendingin hawa yang suatu ketika dahulu ianya selalu kugunakan ketika berada didalam rumah yang besar.. cantik..”, tiada lagi isteri yang datang membawa air untuk suaminya.. tiada lagi suami yang bermanja dengan isterinya.. tiada lagi… tiada lagi perempuan-perempuan cantik.. tiada lagi hiburan-hiburan, tiada lagi segala kenikmatan dunia…

yang ada sekarang ialah… SIAPA TUHANMU… SIAPA NABIMU…APAKAH AGAMAMU..SIAPA IMAMMU..APAKAH IKUTANMU…SIAPAKAH SAUDARAMU…. APAKAH QIBLATMU..

ALLAHUAKBAR… pejamlah mata sebentar… renunglah ke dalam hati, kembalikan diri kepada Fitrah asal kejadian manusia… Saidina Umar telah berkata “hitunglah diri sebelum kamu dihitung”

Kenapa berbagai perkara kini timbul… masalah sosial yang sukar dibendung, mungkinkah ianya dapat dipadamkan hanya dengan nasihat.. teguran.. kata-kata peransang hanya kepada yang telah terlanjur… Biarlah kita menyorot ke sebalik tabir bagaimana sebelum mereka ini terlanjur.. mungkin pada peringkat awal hanya “bergayut” di telefon.. berpegangan tangan.. belum bercumbuan.. belum lagi… rasanya pada masa ini atau sebelum itu lagi semua pihak mengambil peranan, bagaimana…? mungkin.. ibu bapa, mendidik, menunjukkan model, memberi KEHIDUPAN AGAMA yang cukup, memberi tunjuk ajar, menasihati, memimpin, guru sebagai pembawa dan penyuluh jalan.. di bantu oleh semua masyarakat.. mungkin ianya dapat mengurangkan masalah sebelum berlakunya penzinaan yang mungkin juga berakhirnya dengan pembunuhan anak yang dibuang ditepi-tepi jalan dan merata tempat yang tidak mahu saya sebutkan.. sebab semua telah memaklumi tempatnya.. ianya bermula dari zina..!!! TIDAKKAH zina telah dilarang agama.. Sukar terasa.. jika kita menelusuri hakikat bagaimana bermulanya sesuatu penzinaan.. banyak sangat faktornya..

Bagaimana pula kepada mereka yang belum lagi terlanjur… jangan dilupakan.. didiklah mereka.. awasilah mereka.. kerana mungkin.. mereka masih belum memahami sebenarnya..

Isu pembunuhan sering ditatapi di dalam media.. apakah yang masih tidak kita lakukan.. lakukanlah.. (apakah yang dapat kita lakukan..?) cubalah kita merenung sejenak.. apakah di zaman Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dahulu tiada kes-kes seperti ini.. bagaimana umat di waktu itu di dalam keadaan jahiliah.. atau tidak beragama dengan agama Islam diIslamkan… Umat ketika itu melakukan pembunuhan.. pemberontakan… berzina.. meminum arak.. berjudi… mencuri.. membunuh anak-anak perempuan hanya kerana malu.. atau beranggapan tidak bertuah mempunyai anak perempuan.. suasana hidup ketika itu semata-mata dalam pensyirikan kepada Allah.. di samping sesetengah daripadanya masih mengamalkan agama keturunan Nabi Ismail.. Anakanda Nabi Ibrahim..

Semua perkara itu akhirnya lenyap.. sedikit demi sedikit.. bagaimana tarbiyah Nabi Muhammad s.a.w…. akhirnya, jadilah seorang yang dulunya pernah melakukan dosa-dosa yang besar.. akhirnya menjadi seorang yang kuat imannya.. tegap hatinya kepada agama Allah.. akhirnya dengan didikan Islam melalui tunjuk ajar Nabi Junjungan… Penyembah berhala, kaum Kafir dulu yang menentang Rasulullah.. menentang Islam..  menentang kebenaran.. akhirnya menjadi seorang yang kuat menentang kekafiran.. menentang kemaksiatan… menentang pembunuhan tidak berdosa.. menentang segala bentuk kemusyrikan kepada Allah.. inilah model ikutan yang perlu kita ikuti.. kita lihatlah tentang bagaimana masyarakat pada masa itu (golongan sahabat) semuanya menolak kemaksiatan.. bagaimana kalangan sahabat cuba menegakkan kebenaran… biar kita tidak dapat melaksanakan seperti sahabat.. biarlah diri ini.. ada sekelumit rasa mencontohi.. bagaimana hati sahabat terhadap sebarang bentuk kemaksiatan.. bagaimana ibadah mereka.. bagaimana ketaatan mereka kepada Allah…

persoalannya Mengapa Kita Membawa Diri Ini di kejauhan.. jauh dari cahaya Allah.. Jauh dari suatu alam yang kita akan ditanya didalamnya.. di soal selidik sedalam-dalamnya.. dihitung sekecil-kecilnya..bagaimana kita memanfaatkan kehidupan.. dulu kita bebas menjawab… tetapi kini mulut kita telah terkunci.. berbicara bahasa hati juga tidak lagi.. hanya.. tangan berkata-kata.. kaki pula yang menjadi saksi.. bagaimana dapat kulari lagi.. bergerak tidak sekali.. bernafas tidak lagi..

Kembalilah wahai setiap insan bergelar manusia… siapa pun kamu diatas muka bumi Allah ini.. sedarlah kamu adalah manusia, sama sahaja disisi Tuhanmu, kecuali Amalan dan Taqwa, ingatlah Umat Islam adalah bersaudara.. jangan kau lupa.. janji yang telah kau kata tidak dikota… bila ditanya engkau mengiyakannya…. “Apakah engkau bersaksi bahawa Aku adalah TuhanMU.. Qalu… Bala… Ya… Bahkan…

Satu Hadis dari Rasulullah s.a.w.:


Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
“Ketika satu jenazah diiringi, orang ramai memuji jenazah tersebut sebagai orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi s.a.w pun bersabda mengenainya: Wajib, wajib, wajib. Lalu datang pula iringan jenazah yang kedua, orang ramai mengutuk mengenai jenazah tersebut sebagai orang yang jahat semasa hidupnya. Nabi s.a.w pun bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ketika jenazah pertama diiringi, orang ramai memujinya sebagai orang baik, lalu kamu berkata: Wajib, wajib, wajib. Kemudian ketika jenazah kedua diiringi, orang ramai mengutuknya sebagai orang yang jahat, kamu juga berkata: Wajib, wajib, wajib. Apa ertinya? Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya Syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang jahat, maka diwajibkan kepadanya Neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi”

(Terjemahan hadis Bukhari:Kitab Jenazah:51o/Sahuh Muslim:1578)

Ya Allah aku memohon ampun kepadaMU Ya Allah.. Ampunilah daku, lembutkanlah hatiku ini dalam memegang amanah AgamaMu.. , Kasihanilah daku hamba yang hina.. Jauhkanlah diri ini dari azab dan siksaan kuburMu Ya Allah, Tidak tertanggung diri Hamba yang kerdil ini Ya Allah… Ampunilah Kami Ya Allah.. terkadang kami lalai dalam memperjuangkan AgamaMu.. Ampunilah kami Ya Allah… Jadikanlah kami umatmu yang di beri Rahmat dan Pertolongan Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Ruj: Hadis dari http://hadith.al-islam.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s