Muharam bakal menjelma 1431H

Assalamualaikum..

Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan Tahun 1430H… akan datanglah pula kepada kita tahun 1431H.. tahun demi tahun.. hari demi hari.. berlalu meninggalkan kita.. Adakah kita sudah bersedia menerima kedatangan umur kita yang semakin meningkat.. rambut yang dulu hitam kini telah berselang seli sedikit keputihan.. belum jelas didalam pandangan rakan-rakan tetapi terdetik didalam diri.. umurku sudah meningkat.. sehari kita kehadapan.. beerti semakin singkat masa kita untuk bertemu Allah…

Terasa azam yang kita sematkan dahulu… untuk menjadi seorang yang berguna, untuk menjadi Bapa yang baik, Ibu yang Mithali, anak yang soleh, anak yang solehah, abang yang baik, adik yang berpekerti, kakak yang menjaga hati adiknya, pekerja yang amanah, bos yang baik kepada tanggungannya, hendak menjadi seorang yang tidak merokok, hendak membeli kereta baru, hendak hadiahkan ibu kegembiraan, hendak hadiahkan ayah senyuman, hendak pergi kemasjid setiap hari, ingin menghadiri kuliah guru yang mengajar di kampung,,,, berbagai lagi azam kita di tahun-tahun lalu dan ditahun ini… adakah kita akan teruskan semula ditahun yang akan mendatang… atau kita gantikan azam yang baru, hanya kita sendiri yang menggariskannya..

…atau kita terlupa untuk membuat azam pada tahun Hijrah, kerana di dalam fikiran kita hanya ada Tahun Baru 2010 Masihi. Terlupa pula kita kepada Tahun Hijrah. Bahkan apabila ditanya kepada sesetengah anak muda yang gagah, Bilakah bermulanya tahun Hijrah ini… Jawabnya mungkin “bila agaknya…..e”..e” tidak tahu…!” tetapi saya bersangka baik. Mungkin hanya segelintir kecil sahaja anak muda yang terpinggir…

Maka Muhasabahlah diri kita… ” dari Saidina Umar katanya..” حاسب قبل ان تحاسب” , “Hitunglah / Hisablah diri sebelum di hisab” jadikan tahun baru Hijrah ini… 1431H ini, tahun yang bakal merubah kita kepada tidak baik kepada baik, dan Baik kepada lebih baik… lebih baik kepada lebih dan lebih baik

Hadis dari Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

“Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: “Sesungguhnya masa beredar, sama keadaannya ketika Allah Ta’ala menjadikan langit dan bumi. Iaitu setahun dua belas bulan. Empat di antaranya adalah bulan haram, di mana tiga di antaranya berturut-turut, iaitu: Dzul Qaidah, Dzul Hijah,dan Muharram. Sedangkan bulan Rajab, ialah bulan kaum Mudhar yang terletak antara dua bulan Jumadi dan Sya’ban. Kemudian beliau bertanya, “Sekarang bulan apa ini?” Jawab kami, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.” Beliau terdiam, sehingga kami menyangka kalau-kalau beliau akan menamainya dengan nama yang lain. Lalu beliau bertanya pula, “Bukankah bulan ini bulan Dzul Hijjah?” Jawab kami, “Betul!” Tanya beliau pula, “Negeri apa ini?” Jawab kami, “Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.” Beliau diam seketika, sehingga kami menyangka mungkin beliau akan memberinya nama dengan nama lain. Tanya beliau, “Bukankah negeri ini negeri (Haram”?” Jawab kami, “Betul!” Tanya beliau, “Hari apa ini?” Jawab kami, “Allah dan Rasul-Nya sajalah yang lebih tahu.” Beliau diam seketika, sehingga kami menyangka kalau-kalau beliau akan memberinya nama lain. Lalu beliau bertanya pula, “Bukankah hari ini hari Nahar?” Jawab kami, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Sesungguhnya darahmu, harta mu, dan kehormatanmu adalah haram (dilindungi) atas kamu, seperti haramnya hari ini, di negeri ini dan di bulan ini. Dan kamu semua akan menemui Tuhan mu kelak, lalu Dia akan menanya segala perbuatanmu. Kerana itu janganlah kamu kafir sepeninggal ku nanti, di mana sebahagian kamu memotong leher yang lain. Perhatikan! Hendaklah yang hadir sekarang ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Mudah-mudahan orang yang disampaikan kepadanya amanatku ini lebih pandai mengamalkannya daripada yang mendengarkannya sendiri. Kemudian beliau bertanya, “Ketahuilah! Bukankan telah kusampaikan?”

Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1665.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Tahun 1431H.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

* Doa ini hendaklah dibaca ketika hari terakhir Bulan Zulhijjah 1430H pada 17hb Disember 2009.

  • Akhir tahun 1430H selepas solat Asar

  • Awal Tahun 1431H selepas solat Maghrib

Sumber gambar dan doa:

http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

http://www.maik.gov.my/

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan

aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s