26 November 2009 oleh U. Azizi
Assalamualaikum.. saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H, Maaf Zahir dan Batin.. kepada semua..


Di kesempatan ini kuhulurkan tangan, walaupun tidak kesampaian kepada semua yang mengenali diri ini.. realiti atau fantasi.. terutama Isteri kesayangan, anak-anak, ayahanda dan keluarga.. kumemohon kemaafan seandainya ada bicara yang menyentuh perasaan… walau kata-kataku tidak kedengaran.. walaupun memandang tidak kelihatan..
Tersilap perbuatan.. terlajak pertuturan… tersalah teguran..
..dan daku pohonkan kepada Allah Rabbul A’lamin… ampunilah dosa Arwah ibuku.. walaupun Hari Raya Aidil Adha ini daku tanpamu namun.. setiap titisan air mata dan doa yang kupanjatkan kepada Allah… kuharapkan Ya Allah ampunilah kesemua dosa ibuku.. pengorbanannya selama ini.. tidak dapat kubalas.. biar dengan apa sekalipun.. Ya Allah ampunkanlah dosaku.. Dosa Ibuku Ya Allah.. juga keluargaku…
Amin.
*kad>123 greeting
Dikirim dalam Umum/AM | Tagged Ucapan Raya Aidiladha | Leave a Comment »
22 Oktober 2009 oleh U. Azizi
Assalamualaikum… Semoga Allah s.w.t. memberkati apa yang kita lakukan seharian, hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat, hari demi hari, jam berganti jam, minit berganti minit, saat berganti saat, setiap detik berlalu walau kita tidak mengukurnya, kita tidak pernah mengiraukannya.. kita tidak ambil kisah… namun setiap detik, setiap masa, setiap tarikan nafas, setiap hembusan nafas…. setiap perbuatan… setiap perkataan.. setiap langkah.. setiap kali hati berdetik… ketahuilah ada yang mengirannya… ada yang mengekorinya.. ada yang mencatitnya… ada yang memberikannya.. ada yang menghantarnya…itulah Rezeki yang Allah Taala berikan.. semuanya melalui Khidmat Malaikat yang menghantarnya kepada kita..
Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut:
عن أبي هريرة
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل وملائكة بالنهار ويجتمعون في صلاة الفجر وصلاة العصر ثم يعرج الذين باتوا فيكم فيسألهم ربهم وهو أعلم بهم كيف تركتم عبادي فيقولون تركناهم وهم يصلون وأتيناهم وهم يصلون
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Para Malaikat datang berduyun-duyun kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya? Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang”( Hadis Sahih Muslim No.337)
walaupun hadis ini berhubungan tentang solat, tetapi di sebut diawalnya para malaikat datang berduyun-duyun kepada kamu... kepada siapa?… kepada kamu kata Nabi Muhammad s.a.w. Bukan siang sahaja bahkan ketika waktu malam.. ketika mana..? ketika manusia sedang tidur.. ketika manusia sedang bergembira.. ketika manusia sedang leka.. dan ketika ada segelintir manusia sedang memohon Doa Tahajud kepada Allah.. Alhamdulillah.. Maksudnya ialah Allah telah memerintahkan malaikat mengekori kita, Ingatlah kepada Allah, sedarlah wahai hatiku ini..
Malaikat jugalah yang mengawasi kita.. setiap pergerakan… setiap perbuatan… Malaikat jugalah yang diperintahkan Allah meniup Roh di saat kita berada di alam Rahim… di kala daging telah memenuhi tulang..
hadis dari Rasulullah s.a.w.:
عن عبد الله قال
حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو الصادق المصدوق إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك ثم يرسل الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد فوالذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها
“Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan…..”
Hadis Sahih Muslim No.1521
…Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh.. begitu juga disaat kita menghadapi kematian… saya bawakan satu kisah sebagai tatapan dan renungan Khas kepada diriku ini.. dan tatapan sekalian..
Tersebut didalam riwayat yang dikutip dari Kitab Yuwaqiitu Wal Jawahir dan Kitab Kasyfiyatul Ghaibiyyah, bahawa seseorang yang akan diwafatkan terlebih dahulu dikelukan lidahnya. Kemudian datang kepadanya empat malaikat yang mengatakan kepada yang akan diwafatkan itu.
Hai Hamba Allah! Aku adalah Malaikat yang ditugaskan dengan sesuatu apa sahaja mengenai rezeki engkau. Sudah Aku Cari dari Masyrik hingga Maghrib, Tapi tidak aku jumpai sesuatu apa pun yang akan menjadi rezeki engkau di dunia ini sehingga saat ini.
Hai Hamba Allah! Aku adalah Malaikat yang ditugaskan mengenai minuman engkau. Sudah Aku Cari dari Masyrik hingga Maghrib, Tapi tidak aku jumpai lagi air walau setitik untuk minuman engkau.
Hai Hamba Allah! Aku adalah Malaikat yang ditugaskan dengan nafas engkau. Sudah Aku Cari dari Masyrik ke Maghrib, Tapi tidak aku tidak berjumpa sehirup nafas pun yang akan engkau nafaskan lagi sehingga waktu ini.
Hai Hamba Allah! Aku adalah Malaikat yang ditugaskan mengenai ajal engkau. Sudah Aku periksa dengan teliti, tetapi tidak aku perolehi walaupun sesaat masa untuk engkau didunia ini. Sampai disini keempat-empat malaikat itu pun pergi. Kemudian datanglah dua Malaikat yang lain kepada orang yang akan diwafatkan itu. Mereka ialah Malaikat Raqib dan Atid yang mashur dengan nama Kiraman Katibin. Kedua-dua Malaikat itu berdiri di kanan dan kiri orang yang akan diwafatkan tersebut.
Hai Hamba Allah! Aku adalah Malaikat yang ditugaskan mencatatkan segala amal baik engkau. Maka dikeluarkannya sebuah buku catatan yang bercahaya gilang gemilang. Diperlihatkannya kepada orang yang akan diwafatkan itu.
Pada Ketika itu, suka dan gembiralah orang yang akan diwafatkan itu melihat kumpulan catatan riwayat hidupnya didunia ini yang berisikan seluruhnya dengan amal kebajikan yang pernah diperbuatnya sewaktu hidup didunia.
Setelah itu maka ditutupkanlah buku catatan amal kebajikannya itu Allah Berfirman dalam Surah An Nisa’ Ayat 18:

“dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang Yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya Aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang Yang mati sedang mereka tetap kafir. orang-orang Yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

Hai Hamba Allah! Aku adalah Malaikat yang ditugaskan menulis segala amal kejahatan Engkau. Maka dikeluarkanlah pula sebuah buku catatan yang sangat hitam warnanya. Diperlihatkan kepada orang yang akan diwafatkan itu . Ketika itu hitam pulalalah wajah orang yang akan diwafatkan itu, wajahnya muram penuh rasa ketakutan dan kecewa, ngeri melihat buku catatan amal yang berisikan kejahatan dan maksiat seluruhnya sewaktu hidupnya di dunia, yang sebentar lagi akan ditinggalkan..
Setelah itu kedua Malaikat itu pun pergi.
Allah Berfirman dalam surah Alzalzalah ayat 7-8, yang bermaksud:

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!.dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”
Yang dimaksudkan oleh Allah dia akan melihatnya ialah, selain dari melihat catatan sendiri dia juga akan merasakan pembalasannya. Jika baik dia kan dibalas dengan baik dan kalau jahat dia akan dibalas denga pembalasan seksa. sudah pasti jika seseorang itu mendapat keampunan dari Allah maka selesailah persoalannya.
Sebaik-baiknya manusia itu hendaklah selalu memohon keampunan dari Allah agar catatan kejahatan dibuku hitam tidak kelihatan.
Sekurang-kurangnya dengan demikian rasa ngeri dan takut akan berkurangan. Dan akan lebih melegakan lagi jika ada kelihatan padanya keampunan dari Allah. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 17-18:

Ertinya:
“semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis Segala perkataan dan perbuatannya; Yang satu duduk di sebelah kanannya, dan Yang satu lagi di sebelah kirinya.Tidak ada sebarang perkataan Yang dilafazkannya (atau perbuatan Yang dilakukannya) melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”
dalam ayat tersebut dinyatakan: Tidak ada satu pembicaraan pun yang tidak dicatat oleh kedua malaikat tersebut. Maksudnya apa sahaja yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.
Sesudah buku amal baik dan amal jahat diperlihatkanbarulah Malaikat Maut datang untuk mengeluarkan roh seseorang itu dari jasadnya yang kasar. Beserta Malaikat Maut ialah dusa malaikat iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Masing-maasing berdiri di kanan dan kiri orang yang akan diwafatkan itu. Allah berfirman dalam surah Qaaf ayat 19-21 :

yang bermaksud:
“dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmuat” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada Yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara Yang Engkau selalu mengelak diri daripadanya!”.dan lagi (apabila sampai saat Yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk Yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran Yang telah diberikan. dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;”
Malaikat yang akan mencabut roh itu berlainan caranya. Ada yang dikeluarkan roh itu dari jasadnya dengancara kasar sekali dan ada yang dikeluarkannya dengan cara yang sopan dan lemah lembut. Tentu saja hal ini bergantung kepada amalan orang yang akan dimatikan itu. Sama ada seseorang itu mukmin yang baik atau yang jahat.
…. Continue…
*2002 Kisah-Kisah Malaikat- Darulnuman
Dikirim dalam Kisah-Kisah Islam, Umum/AM | Leave a Comment »